Fernando Torres memberi amaran menjelang penampilan sulungnya bersama Chelsea dengan menegaskan bahawa dia mahu menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya, Liverpool Ahad ini.
Liverpool telah meletakkan syarat agar penyerang yang dibeli dengan harga £50 juta (RM247 juta) itu tidak diturunkan pada pertemuan Liga Perdana England itu, aksi pertama pemain Sepanyol itu bersama The Blues.
Situasi itu bagaimanapun mengundang ketegangan ketika perbincangan kontrak di mana juara bertahan, Chelsea enggan tunduk kepada syarat tersebut sekali gus menyaksikan Torres akan turun menentang kelab lamanya.
No comments:
Post a Comment